Anwar, sila jelaskan akuan-akuan bersumpah ini (dokumen disertakan) - pakdin.my

Selama ini, saya sentiasa berkata bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan bilangan ahli parlimen yang cukup bagi menjayakan usul undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, saya turut pernah menyatakan secara bertulis dan menerusi sidang media bahawa terdapat dua pemimpin kanan UMNO yang bersekongkol dengan Anwar biarpun tahu bahawa Anwar bersama dengan DAP.

Hakikatnya, Anwar pada ketika ini memiliki 149 akuan bersumpah ahli-ahli parlimen dari DAP, Warisan, Sarawak, Amanah, PPBM dan UMNO dan turut membuat akuan bersumpah bagi mengisytiharkan bahawa beliau sudah memperolehi sokongan dua pertiga ahli-ahli parlimen dan bersedia menjadi Perdana Menteri.

Akuan bersumpah Anwar yang bertarikh 3hb Julai 2019 menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, apa yang tidak disebut dalam akuan bersumpah tersebut ialah perjanjian Anwar dengan DAP untuk menjadikan seorang pemimpin kanan DAP Timbalan Perdana Menteri kedua.

Anwar turut tidak tahu berkenaan 50 ahli parlimen yang turut membuat akuan bersumpah bagi membatalkan akuan sumpah pertama mereka dengan alasan-alasan tertentu.

Ini secara efektif menjadikan jumlah akuan bersumpah berkesan yang dimiliki Anwar 99 dan tidak termasuk akuan bersumpah daripada mana-mana ahli PAS.

Menurut maklumat yang diterima, salah seorang pemimpin kanan UMNO yang membuat akuan bersumpah bagi menyokong Anwar ialah Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lihat gambar di bawah).

Saya memberi Anwar tempoh sehingga 12 tengah hari esok untuk mengesahkan sekiranya dua akuan bersumpah yang disertakan bersama artikel ini benar atau palsu.
Sekian

Sumber:
The Third Force
https://www.thethirdforce.net/anwar-sila-jelaskan-akuan-akuan-bersumpah-ini-dokumen-disertakan/

Update:
Penafian oleh Zahid Hamidi
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1449237565214816&id=188294724642446
Merujuk surat akuan sumpah menyokong YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya. Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden UMNO. Saya ingin nyatakan semua keputusan besar dan pendirian UMNO akan dibuat secara berpasukan. Bukan oleh saya secara individu.

DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PRESIDEN UMNO

UTAMAPOLITIKAnwar, sila jelaskan akuan-akuan bersumpah ini (dokumen disertakan)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium