Friday - July 30, 2021 @ 08:13
NASIONALSABAHANWAR SINONIM BAPA PENJAJAH SABAH?

ANWAR SINONIM BAPA PENJAJAH SABAH?

anwar hogun siouSaudara Pengarang,
STAR Ranau mengutuk keras perbuatan menobatkan seorang pemimpin ‘Penjajah Malaya’ sebagai ‘Huguan Siou’ untuk KDM di Sabah ini. Seburuk-buruk pun bangsa KDM, kita tetap menolak keras orang asing sebagai ‘Huguan Siou’ kita.
 
Perjuangan STAR, walau pun bukan berjuang untuk KDM, tapi sebagai orang Dusun tulen, saya merasa amat jijik dan terasa bahawa penobatan seorang penjajah sebagai Huguan Siou kita adalah amat keterlaluan dan mencemarkan masyakat KDM itu sendiri.
Mana mungkin kita angkat seorang yang mengugut kita dengan keris dan memandang kita dengan mata tidak sempurna untuk kita angkat sebagai wira KDM!
Usahlah terlalu taksub pada kehebatan pemimpin penjajah. Usahlah berlumba-lumba kipas penjajah demi untuk mengejar kedudukan dan pencalonan dalam PRU. Jangan gadaikan maruah bangsa demi untuk kepentingan peribadi. Sabah ini kita punya, bukan Malaya yang punya!
Ingat dan kenali siapa dia dan apa dia telah buat pada KDM? Siapa pelaksana dan Master Mind IC Projek di Sabah? Siapa yang jatuhkan Kerajaan ‘KDM’ PBS? Siapa janji 100 hari Sabah dan begitu bersungguh-sungguh laungkan Sabah Baru? Siapa pelopor kemasukan syarikat sawit Malaya yang kini merampas terlalu luas tanah di Sabah?
Saya lebih gemar menggelar dia ‘Bapa Penjajah Sabah’ atau ‘Bapa Pengkhianat KDM’!
Salam Hormat,
SIDIE DEE

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here