Sunday - July 25, 2021 @ 08:50
BERITANASIONALANWAR SOGOK AZLAN RM1 JUTA FITNAH UMNO #UUlangISaman

ANWAR SOGOK AZLAN RM1 JUTA FITNAH UMNO #UUlangISaman

MOHD. SAIFUL ditemani Zamri Idrus semasa mengadakan sidang media khas menyangkal kenyataan bapa beliau di pejabat peguamnya.
MOHD. SAIFUL ditemani Zamri Idrus semasa mengadakan sidang media khas menyangkal kenyataan bapa beliau di pejabat peguamnya.

Anwar Ibrahim sekarang ini berada di bawah terlalu banyak tekanan, samada dari segi politik mahupun peribadi.

Mungkin dia berkata kepada dirinnya,”Alangkah baiknya aku tidak dilahirkan!”

Ini kerana semua strategi Ketua Umum PKR untuk membantutkan kemaraan UMNO-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat telah memakan diri puak pembangkang sendiri.

Cubaan Anwar untuk memalitkan isu pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina di Lahad Datu, Sabah menemui kegagalan pada peringkat awal lagi.

Ini kerana media asing yang menjadi pujaan Anwar dan juga sentiasa disanjung beliau telah berpaling dan menggigit tangan tuan yang menyuapnya makan.

Sangkaan media asing untuk menyokong Anwar tiba-tiba menjadi realiti kepada pepatah sokong membawa rebah apabila agensi seperti Reuters menggaitkan Anwar dan pemimpin pembbangkang sebagai dalang sebenar kepada pencerobohan ke atas kedaulatan negara itu.

Untuk menutup cerita sebenar daripada terus dibongkar, Anwar memilih untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3.

Dari aspek peribadi pula, dakwaan beliau meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan terus menghantui hidupnya.

Walaupun dibebaskan mahkamah pada 9 Januari 2012, namun pada riak wajah Anwar tidak menunjukkan ia gembira sungguhpun hari keputusan diumumkan hakim diraikan oleh ribuan penyokong sebagai satu kemenangan besar menentang ‘kezaliman’ dan ‘konspirasi’ UMNO.

Anwar tahu keputusan yang berpihak kepadanya hanyalah kepada kekukuhan hujah teknikal pasukan peguambelanya sahaja kerana seperti yang disebut oleh ketua pasukan peguam, Karpal Singh, Anwar meliwat Saiful sememangnya berlaku tetapi atas dasar suka sama suka.

Kenyataan Karpal ini tercatat dalam dokumen rasmi mahkamah dan tiada siapa yang boleh menafi atau memadamkan fakta ini.

Kini tiga minggu selepas Mahkamah Rayuan memutus untuk membenarkan permohonan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat, Ketua Pembangkang itu melancarkan satu lagi strategi dengan tujuan untuk melemahkan kedudukan pihak pendakwaan.

Melalui sekutu kuatnya Johari Abdul, Anwar mengguna ayah Saiful, Azlan Mohd Lazim untuk mendakwa pertuduhan liwat ke atas beliau sebagai satu konspirasi politik UMNO.

Teori konspirasi yang mengatakan dakwaan liwat yang dilakukan oleh Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas itu sebagai Ketua Pembangkang bukanlah perkara baru yang boleh menggoncang dunia.

Rakyat sudah muak dengan teori Anwar tersebut yang menyalahkan UMNO dalam semua hal berkaitan kehidupannya termasuk cerita dalam kelambu bersama jambu-jambunya.

Pengisytiharan Azlan dengan serta merta disanggah oleh anaknya sendiri dengan mengatakan apa yang disebut oleh ayahnya adalah tidak benar sama sekali.

Saiful sebagai mangsa rakus nafsu seks songsang Anwar berjanji akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan bagi dirinya serta membersihkan nama baik beliau.

Tindakan yang diambil Azlan bersekongkol pula dengan Anwar amat berbeza dengan episod menemani Saiful untuk melakukan majlis sumpah laknat di depan Al-Qur’an pada 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Pada masa itu lain pula nada Azlan yang menyatakan betapa beliau amat marah kepada Anwar dan bertegas mahu menuntut keadilan untuk Saiful.

Ketika mahkamah membebaskan Anwar, Azlan berkata beliau amnat kecewa dengan keputusan tersebut serta marah dengan kenyataan Majlis Peguam agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Dalam dunia semuanya boleh dijual termasuk maruah dan integriti malah ada ibubapa yang sanggup menjual atau melacurkan anak sendiri.

Tidak diketahui apa yang telah dijanjikan oleh Abwar kepada Azlan untuk membantu dalam perjuangan mensucikan dirinya daripada pertuduhan liwat namun apa yang pasti apa yang dilakukan oleh Azlan bukanlah percuma.

Bagi Azlan yang bekerja sebagai ‘security guard’ dan hanya mula menunjukkan muka dan keprihatinannya terhadap Saiful setelah muncul kes liwat, janji manis yang ditawarkan oleh Anwar sudah cukup untuk menggugat keimanan dan pendiriannya.

Alasan yang diberi oleh Johari bahawa Azlan yang mahu berjumpa beliau dan bukan sebaliknya hanya menghina pemikiran rakyat yang boleh membaca tindakan itu telah dirancang sendiri oleh Anwar.

Anwar fikir rakyat dan penyokong pembangkang boleh terus diperbodohkan untuk mempercayai mainan wayang Cinanya itu.

Apatah lagi motif Anwar sudahpun terdedah dengan sendiri apabila Naib Presiden PKR, N. Surendran mendesak agar rayuan pihak pendakwaan digugurkan.

Jika difahami mengapa Anwar begitu takut sekali perbicaraan pada Julai nanti, maka difahami juga mengapa Azlan terpaksa diperkudakan.

Namun yang untung dan tersenyum lebar ialah Azlan sendiri yang berjaya menggautkan keuntungan RM1 juta daripada sengsara anaknya sendiri sementara Anwar menunggu dengan penuh debaran nasib yang bakal menimpanya empat bulan lagi.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here