Anwar tak berani ‘usik’ Mei Fun khuatir hilang undi Cina

n25-kajang-chew-mei-fun

- Advertisement -

Selepas empat hari Datin Paduka Chew Mei Fun diumum bertanding di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berani  ’mengusik’ calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassn pada Jumaat lalu. 

Ketua Pembangkang itu hanya bertanding dengan Naib Presiden MCA tanpa maki hamun sebaliknya menegaskan akan terus mendedahkan penyelewengan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Menurut Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyanti Shamsudin, Anwar gentar untuk memburuk-burukkan calon MCA itu kerana khuatir beliau hilang sokogan dan undi kaum Cina di kawasan itu. 

“Dan dengan komposisi yang ada di Kajang sekarang, tidak mustahil Anwar boleh hilang undi dan kepercayaan orang Cina sekiranya dia serang calon kita (BN),” katanya. 

Chew diumumkan sebagai calon BN di DUN Kajang pada PRK 23 Mac nanti. 

Chew adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Ketua Wanita MCA dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Pemilihan Chew selaku calon bagi menetang  Anwar dilihat sebagai percaturan yang bijak dan strategik bagi memastikan agenda Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor bakal terhalang.

“Saya yakin kali ini kita (BN) boleh ubah komposisi pengundian, saya sangat yakin dan positif berkenaan perkara ini, ini adalah sebab calon yang kita ketengahkan adalah calon yang paling layak dari parti komponen kami, MCA. 

“Sokongan di peringkat akar umbi akan berubah,” kata Ahli Parlimen Masjid Tanah itu lagi. 

Sementara itu, diminta mengulas kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel)yang  memberi gambaran penduduk di Kajang menginginkan Anwar sebagai Menteri Besar, Ermieyanti berkata jenis politik sebegini jauh berbeza dengan cara berpolitik BN.. 

“Inilah politik mereka (PR), semua benda ada agenda (dalam kes PRK, Anwar ingin jadi MB, Khalid akan mempertahankan kedudukannya sebagai MB), lepas itu bila ada yang tak kena mulalah keluar macam-macam.  Sebab mereka beragenda, bukan buat untuk rakyat. 

“Saya harap sangat rakyat dapat buka mata dan hati dengan permainan pembangkang ini, sampaikan satu tahap saya sendiri boleh tergelak lihat perbalahan antara mereka, rakyat harus bijak menilai,” tegasnya.

Namun, kajian itu ditolak mentah-mentah oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyifatkan kajian itu tidak menggambarkan kehendak keseluruhan pengundi PRK Kajang juga memutarbelitkan keinginan rakyat-

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.