30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Anwar Takut Raja Petra Bocor Rahsia – @MuhyiddinYassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata keengganan ketua pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

“Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

“Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.

Beliau berkata penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Anggota Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.

“Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ianya bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan,” katanya.

Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.

Mengulas isu Bersih 3.0, Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.

“Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini,” katanya.

Berkenaan isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Muhyiddin berharap agar ia tidak dipolitikkan kerana usaha sentiasa dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu.

Malah, katanya, beliau telah mengarahkan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat termasuk Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) serta Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia).

Beliau berkata hasil mengenai perbincangan itu dijangka disampaikan kepadanya dalam masa terdekat.

“Dengan keputusan itu nanti kita ada cara bagaimana nak kita tentukan masalah kekurangan ini dapat kita atasi, jadi ia bukan suatu perkara yang kita lakukan dengan tidak mengambil perhatian tentang keperluan sebenar, kerana guru di sekolah Cina ini perlukan latihan untuk menguasai bukan sahaja subjek atau opsyen mereka tetapi juga bahasa Mandarin.

“Jadi sebab itu di sesetengah tempat disebabkan kekurangan guru kita hantarlah mana-mana guru yang sesuai untuk isi kekosongan buat sementara,” katanya.

RPK – Anwar Ibrahim Takut Untuk Berdebat!

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan