Anwar tanding Parlimen Port Dickson - pakdin.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Port Dickson apabila penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagobal Abdullah akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi ruang kepada Presiden PKR itu membuat kemunculan semula di Dewan Rakyat.

Perkara itu diumumkan oleh beliau sendiri dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Untuk rekod, Danyal Balagopal ialah wakil tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,110 undi.

………..
https://pakdin.my/tag/prk

UTAMAPOLITIKAnwar tanding Parlimen Port Dickson

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium