Anwar Terbuka Dr M Sertai Kabinetnya Lepas Jadi PM - pakdin.my

(Malaysiakini) – Presiden PKR, Anwar Ibrahim terbuka kepada idea Dr Mahathir Mohamad berada dalam kebinet meskipun selepas berundur sebagai perdana menteri.

“Saya serahkan kepada Majlis Presiden PH dan saya terbuka kepada idea itu.

“Ia bagus untuk negara kerana pengalamannya yang pastinya akan membantu dalam memastikan peralihan kuasa yang lebih aman dan menggerakkan ekonomi ke hadapan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa buat masa ini, beliau sendiri tidak akan menyertai kabinet Mahathir.

“Tiada dalam rancangan,” katanya.

Majlis presiden PH dijangka membincangkan isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar, esok. Anwar menjangkakan perbincangan berhubung isu itu akan singkat dan hanya mengambil masa kira-kira setengah jam.

Anwar dan Dr Mahathir masing-masing dilihat bersetuju agar peralihan kuasa dibuat selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada November.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Rais Yatim memberi gambaran kemungkinan ada sesuatu yang berlaku sebelum November berhubung peralihan kuasa itu.

Anwar enggan memberi komen mengenai perkara itu dan menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi Rais.

Presiden PKR itu juga menafikan tuduhan PAS yang mengatakan peralihan kuasa itu tidak mengikut perlembagaan.

“PAS perlu membaca perlembagaan dan memahami sejarah kita,” katanya.

UTAMAPOLITIKAnwar Terbuka Dr M Sertai Kabinetnya Lepas Jadi PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium