Anwar Yang Jumpa Dr Haron Din, Bukan Sebaliknya - pakdin.my

haron din syuraAIDCNews – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jumpa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan bukan sebaliknya, kata sumber dalaman yang tidak mahu disebut nama di sini ketika menghubungi AIDCNews hari ini.

“MSO, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron Din jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

“Dia (MSO) sengaja spin cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron Din terpaksa datang melutut kepada Anwar,”kata pemberi sumber itu.

Ketika ditanya, kenapa Anwar perlu jumpa Haron Din, pemberi sumber itu menjawab, “Anwar minta nyawa daripada Pas. Rujuk blog MIK.”

Blog MIK, medan-info-kita.blogspot.com dalam artikel bertajuk “Sebenarnya Anwar Yang Pergi Melutut Berjumpa Dr Haron Din….! BUKAN Haron Din Yang Pergi Berjumpa Anwar” menjelaskan perjumpaan itu diadakan di rumah Timbalan Mursyidul Am Pas itu di Bangi pada 4 Februari.

Lapornya, kedatangan Anwar sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas tidak mencalonkan Ketua Umum PKR sebagai Perdana Menteri jika sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

“Pertemuan pada malam 4 Februari di rumah Dr Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk mintak nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

“Mesyuarat Majlis Syura menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan Berjaya menawan Putrajaya. Majlis Syura berpendirian bahawa calon yang lebih layak adalah Presiden PAS sendiri, Haji Hadi Awang,”lapor blog itu.

Kenyataan pemberi maklumat dan MIK senada dengan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini yang mendakwa sentimen terkini menyaksikan akar umbi Pas menolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang berpunca Ketua Umum PKR itu menolak keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.

Zahrain berkata Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mengunjungi dan menyambut hari lahirnya di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini juga ada kaitan dengan penolakan Anwar.

Katanya, Nik Aziz kini telah sedar bahawa ahli Pas di peringkat akar umbi telah menolak persetujuan pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Itu semua menyebabkan Pas terdesak berbincang dengan DAP mencari calon alternatif menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Zahrain menambah, kepercayaan ahli Pas terhadap Anwar mula terhakis ekoran beberapa isu besar termasuk dakwaan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah video seks.

““Jelas sekali Anwar kini merupakan liabiliti pakatan pembangkang dan mereka sedang mencari calon baru bagi menggantikan Anwar,” katanya.

UTAMAPOLITIKAnwar Yang Jumpa Dr Haron Din, Bukan Sebaliknya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium