#AnwarIsFree: Terima Kasih Tuanku [Video]

Kongsi:

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku”.

Itulah reaksi pertama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di Jalan Duta susulan pembebasannya.

Lihat video:

https://youtu.be/GR82wOgCSp0

Laporan Bernama menyebut Anwar, 71, dibebaskan serta-merta selepas rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata, beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

“Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara,” kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah.

Rayuan pengampunan penuh Anwar dibentangkan dan dipertimbangkan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan berkenan rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan dibebaskan serta-merta berkuat kuasa hari ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.

—————-
http://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
http://pakdin.my/tag/kes-liwat

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

3 Replies to “#AnwarIsFree: Terima Kasih Tuanku [Video]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.