#AnwarIsFree: Terima Pengampunan Diraja, Anwar Bebas Berpolitik - pakdin.my

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di Istana Negara pada 11.50 pagi untuk menghadap Agong.

Anwar yang memakai sut hitam dan berkemeja putih ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Mereka tiba di Istana Negara, Jalan Duta, kurang 30 minit selepas beliau keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

Satu kenyataan Istana Negara mengesahkan Sultan Muhammad V sudah bersetuju memberi pengampunan penuh kepada Anwar, yang bermakna beliau boleh aktif berpolitik.

Beliau dijangka mengadakan sidang media di rumahnya di Bukit Segambut, petang nanti.

Anwar merupakan pilihan pertama kerajaan PH sebagai calon perdana menteri.

Dr Mahathir, 92, yang merupakan perdana menteri tertua di dunia, akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.


https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/kes-liwat

UTAMAPOLITIK#AnwarIsFree: Terima Pengampunan Diraja, Anwar Bebas Berpolitik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium