Apa Jadi Selepas Parlimen Dibubarkan…Satu Kronologi - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas sesi bergambar setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri pada Rabu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi selepas sesi bergambar setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri pada Rabu

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akhirnya menamatkan segala teka-teki dengan mengumumkan pembubaran parlimen penggal ke-12 berkuatkuasa Rabu, 3 April 2013.

Kebetulan pula, 3 April genap beliau menerajui negara sebagai perdana menteri.

Kini apakah yang akan berlaku selepas parlimen dibubarkan?

Melainkan Sarawak yang telah pun mengadakan pilihan raya negeri tahun lalu dan Dewan Undangan Negeri Sembilan yang telah terbubar dengan sendirinya minggu lalu, kini setiap negeri akan memutuskan bilakah mereka mahu membubarkan dewan undangan negeri masing-masing.

Najib selaku perdana menteri tidak mempunyai kuasa ke atas pembubaran dewan undangan negeri.

Sebaliknya kuasa itu terletak di bahu dan tangan menteri-menteri besar dan ketua menteri.

Sebab itulah di dalam ucapan secara langsungnya mengumumkan pembubaran parlimen, Najib sekadar menasihati kerajaan-kerajaan negeri agar mengadap ketua negeri masing-masing (sultan dan gabenor) bagi mendapatkan perkenan agar pilihan raya dapat dijalankan serentak di seluruh negara.

Lazimnya, negeri-negeri termasuklah yang diketuai oleh pembangkang akan turut sama membubarkan dewan undangan negeri secara serentak bagi memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun tarikh penamaan calon dan juga tarikh mengundi.

Pengumuman mengenai tarikh pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri akan membolehkan Yang Dipertua atau speaker parlimen/dewan undangan memaklumkan kepada SPR mengenai pembubaran tersebut secara rasmi.

Bagi persekutuan, sudah tidak menjadi masalah kerana pengumuman telah dibuat secara langsung ke seluruh negara cuma menunggu surat rasmi daripada pejabat perdana menteri sahaja.

Manakala bagi negeri-negeri pula, speaker dewan perlu menunggu menteri besar atau ketua menteri mengadap dan mendapat perkenan daripada ketua negeri masing-masing.

Bagaimanapun, Dewan Negara tidak terlibat atau terjejas ekoran pembubaran parlimen kerana ia terdiri daripada anggota-anggota yang dilantik dan bukan dipilih menerusi proses pilihan raya.

Selepas menerima pemakluman mengenai pembubaran dewan, SPR kemudiannya akan memanggil mesyuarat penuh yang terdiri daripada anggota-anggota suruhanjaya bagi menentukan perkara-perkara berkaitan dengan pilihan raya dan tarikh penamaan calon.

SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya mulai tarikh pembubaran parlimen dan juga dewan-dewan undangan negeri.

Apabila SPR telah menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan hari penamaan calon dan juga pemilihan, mereka akan memanggil satu sidang akhbar khas untuk memaklumkannya kepada umum.

UTAMAPILIHAN RAYAApa Jadi Selepas Parlimen Dibubarkan...Satu Kronologi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium