25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Apa macam Haji Hadi….Dr Marsitah beritahu Dewan Rakyat video boleh jadi bukti kes zina

AGENDADAILY.COM – Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI. Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.

Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.

Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.

Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu memberi penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.

Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marsitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.

Katanya,” seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.

“Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti…bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.

“Namun begitu samaada ia boleh diterima  tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang  kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.

‘Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu.”

Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah ‘diselidiki’ itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar  didapati tulen.

Dr Marsitah berkata,” apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab  kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah  untuk menentukan kesahihan video tersebut.

Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.

Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.-21/6/2011

 

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan