23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Apa motif taja jet mewah Anwar?

Kenapa ada pihak taja pengangkutan udara mewah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Seputeh, P. Ganapathy.

Menurutnya, Presiden PKR itu didakwa sudah beberapa kali menggunakan jet mewah sejak September tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang mengenali isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah, beliau yakin pemimpin itu tidak berkemampuan untuk menggunakan pengangkutan mewah tersebut.

“Saya khuatir wujud unsur rasuah melibatkan Anwar oleh pihak ketiga yang telah membiayai perjalanan itu dengan tujuan mendapatkan keistimewaan tertentu atau menggunakan beliau memperoleh sesuatu daripada isterinya yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Sebelum itu, Ganapathy telah membuat laporan mengenainya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau juga telah membuat satu laporan polis mengenai perkara yang sama pada Selasa lalu.

Beliau mendakwa, Anwar dan ahli keluarganya termasuk adiknya, Rosli telah ke Turki pada Julai hingga 1 Ogos 2018 dengan dipercayai menaiki jet peribadi serta menetap di sebuah hotel mewah di negara berkenaan dan ditanggung ahli perniagaan bergelar Tan Sri.

Beberapa konvensyen PKR di Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Sarawak dihadiri Anwar pada awal bulan ini menggunakan pengangkutan yang sama termasuk Nurul Izzah.

Ganapathy mendedahkan sebuah banglo di Bukit Gasing, Petaling Jaya turut dipercayai dijadikan pejabat oleh Anwar selain Ibupejabat PKR di Petaling Jaya.

Beliau juga menafikan tindakannya itu dilakukan atas rasa kecewa kerana dipecat daripada PKR pada Julai lalu.

“Saya mengambil langkah ini atas kapasiti peribadi dan Anwar kerap kali memberi gambaran beliau akan menjadi Perdana Menteri kelapan kelak dan satu siasatan terperinci untuk kenal pasti sama ada wujudnya rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Anwar,” ujarnya.






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan