Apa niat DAP tuduh empat Exco PAS pengkhianat

Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam

- Advertisement -

Agak menghairankan apabila DAP hanya melabelkan empat Adun PAS yang kekal dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘pengkhianat’ hanya selepas Menteri Besar Selangor itu digantikan dengan Mohamad Azmin Ali.

Hampir sebulan mereka bersama-sama Khalid selepas beliau dipecat daripada PKR dan Khalid kemudian memecat enam Exco lain yang mewakili DAP dan PKR.

Ketika itu tidak ada desakan supaya empat Adun itu melepskan jawatan Exco apatah lagi menuduh mereka pengkhianat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terus menyerang Adun PAS berkenaan dengan tuduhan sebagai pengkhianat hanya selepas Khalid menamatkan tugas Menteri Besar pada 22 September lalu.

Tentu tuduhan itu memeranjatkan PAS tambahan pula mereka adalah sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat.

Ini menyebabkan dua bekas Exco PAS, Iskandar Abdul Samad dan Sallehen Mukhyi mengecam tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Malah, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga menyelar Guan Eng dan DAP sehingga parti itu terpaksa mempertahankan Setiausaha Agung itu dengan menyatakan keputusan menyifatkan Adun PAS sebagai pengkhianat dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP.

Timbul persoalan kenapa DAP terlalu marahkan empat Exco PAS tidak meletakkan jawatan sebagai tanda soladariti kepada enam Exco lain yang dipecat oleh Khalid.

Adakah dengan empat Adun jawatan bertujuan melumpuhkan kerajaan Selangor yang hanya ditadbir Khalid dengan empat Exco PAS itu?

Barangkali itu yang diharapkan DAP.

Empat Exco PAS terus berkhidmat dengan Khalid sehingga beliau melepaskan jawatan Menteri Besar

Parti itu mungkin mahu melumpuhkan kerajaan Selangor dan berharap Khalid memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri.

Sebelum ini pun, ada suara dari kalangan pemimpin DAP bersetuju dengan pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut jawatan menteri besar itu.

DAP tentu berkeinginan demikian kerana yakin parti itu boleh mengekalkan kemenangan dan dalam masa sama berharap PAS akan hilang beberapa kerusi jika pilihan raya tersebut diadakan.

Parti itu sudah meramalkan PAS akan hilang beberapa kerusi jika berlaku pilihan raya.

Peluang inilah dinantikan oleh DAP kerana jika PAS kalah kedudukan 15 kerusi milih parti itu akan berubah sedangkan jumlah 15 kerusi dimenangi DAP mungkin kekal atau bertambah.

Mungkin juga DAP akan meletakkan calon Melayu di kawasan selamat supaya mereka boleh menuntut jawatan menteri besar/

Jelas, Kemarahan DAP kepada PAS bukan kerana ingin melihat Barisan Nasional (BN) kalah dalam satu pilihan raya negeri tapi mahukan rakan mereka, PAS, menjadi lagi lemah.

Soalnya, siapa sebenarnya pengkhianat?

Adakah ianya PAS yang tidak mahu melihat suatu pilihan raya negeri dengan mengarahkan empat Exco mereka terus kekal dalam kerajaan Selangor atau ianya DAP yg mahu melemahkan kedudukan rakannya dalam PR.

Berdasarkan kemarahan dan tuduhan pengkhianat itu, mungkin sudah jelas tujuan Guan Eng menyerang PAS.

PKR pula terus bersikap haloba kerana mahu kuota empat Exco PAS dikaji sebagai hukuman kerana parti itu tidak menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Inilah nilai persahabatan yang PAS kena telan selagi mereka bersama-sama DAP dan PKR.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.