24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Apa Pendirian NGO BERSIH, Takkan Senyap Saja Kot?

Sedang ramai pihak dari pelbagai NGO dan parti politik serta orang perseorangan menyuarakan bantahan terbuka terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.a.w, terdetik pula pertanyaan ke mana perginya suara NGO BERSIH dalam isu ini?

Melihat pada struktur organisasi NGO tersebut yang antara lainnya membariskan beberapa nama terkenal yang beragama Islam seperti Hishamuddin Rais, A. Samad Said, Maria Chin dan lain-lain, patutnya wajar sekali untuk NGO terbabit turut tampil menyuarakan pendirian rasmi mereka.

Sebelum ini asal sahaja timbul perancangan untuk membuat perhimpunan besar berunsur politik dan pro pembangkang di ibukota, berminggu-minggu berbulan-bulan sebelum tarikh perhimpunan sudah beratus-ratus kenyataan sokongan dikeluarkan oleh pemimpin NGO BERSIH yang beragama Islam.

Sekarang dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam yang suci ini, walaupun sudah masuk minggu kedua isu filem Innocence of Muslims riuh rendah diperkatakan oleh masyarakat seluruh negara dan dunia, namun satu patah kenyataan pun tak kedengaran dari geng-geng BERSIH.

Selaku Pengerusi Bersama NGO BERSIH, patutnya dah lama A.Samad Said menyuarakan pendirian rasmi sama ada bersetuju dengan motif penghinaan yang dipaparkan oleh filem Innocence of Muslims itu atau turut sama membantahnya sama seperti orang Islam yang lain.

Takkanlah nak kena tunggu lampu hijau dari Ambiga Sreenevasan dulu? Jika demikian tiada gunalah A.Samad Said menjawat kedudukan sebagai pengerusi Bersama NGO BERSIH, tak begitu?

Atau barangkali isu ini tak memberi keuntungan untuk pakatan pembangkang agaknya. Takpun, disebabkan tiada tajaan fulus mulus ratusan ribu RM untuk mereka maka sebab itu pemimpin muslim dalam BERSIH hanya berdiam diri sahaja?.

Jika nak dikatakan isu penghinaan oleh filem murahan ini terhadap Islam langsung tiada kena mengena dengan polisi dan dasar NGO BERSIH, orang lain juga akan mempertikaikan apa kaitannya berbaju kuning dan berdemonstrasi di malam sambutan kemerdekaan yang mereka anjurkan tempohari.

Demi untuk melampiaskan nafsu politik kepartian pembangkang A.Samad Said yang juga adalah Sasterawan Negara sanggup bersuara mempromosikan demonstrasi BERSIH 3.0 yang serba ganas sebelum ini, kenapa tidak kali ini?

Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit keprihatinan selaku orang Islam dan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan tegas membantah kebiadapan yang dipaparkan oleh filem tersebut.

Takkanlah tiada sekelumitpun perasaan terguris atau sensitiviti di hati A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais untuk bersuara berhubung isu ini. Senyap sunyi saja maknanya seperti setuju dengan motif cerita filem Innocence of Muslims yang memperlekeh dan menghina Nabi kita.






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan