Apa punca KJ dicabar 5 penjuru?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

4-tentang-kj

Pemilihan UMNO kali ini diikuti dengan penuh ‘prihatin’ oleh seluruh rakyat kerana ia dikatakan sebagai pemilihan yang bakal menentukan hala tuju dan identiti negara di masa depan. Menafikan betapa gentingnya situasi bagi UMNO sekarang akan hanya mengundang pandangan sinis rakyat, sekali gus memberi isyarat bahawa UMNO masih enggan berubah.

Justeru, mahu tidak mahu, UMNO wajib mengakui hakikat ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama untuk menghapuskan keraguan rakyat.

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO hari ini merasakan mereka lebih terbuka dari pemimpin terdahulu dan membawa ‘gaya kepimpinan’ yang berbeza yang sesuai dengan zaman tetapi, segala keterbukaan yang dilaungkan tidak akan memberi makna jika enggan berkata yang benar.

Jika benar kita ingin menjadi ‘Melayu Baru’ iaitu lebih terbuka, lebih maju dan lebih moden, maka pertama sekali kita harus berani berkata benar sepertimana masyarakat di negara maju, moden dan terbuka juga.

Namun, kebenarannya hari ini ialah pemimpin UMNO yang menyangka mereka membawa perwatakan Melayu baru itu sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata. Melayu baru seharusnya tiada perasaan dengki atau takutkan persaingan. Melayu baru tidak wajar membawa sikap hipokrit, malu alah, takut pada pendatang dan menyembah penjajah.

Melayu baru seharusnya berani berdiri atas keMelayuannya dengan yakin dan bukannya malu menjadi Melayu. Dan Pemuda UMNO seharusnya menjadi pencetus kepada gaya pemikiran baru ini.

UMNO tidak wajar mengharapkan orang Melayu melonggarkan ‘keMelayuan’ mereka di kala kaum lain tegar memperkasa dan mengasak identiti kaum mereka ke atas Malaysia. Pemuda UMNO sepatutnya menjadi pendesak kepada agenda Melayu, ekonomi Melayu, serta menjadi penggerak utama dalam membentuk identiti Malaysia yang tepat, melalui BN.

Malangnya, di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO dikatakan tersasar jauh dari landasan UMNO malah dalam banyak keadaan dilihat memasuki landasan bertentangan. Bukan sekali, malah telah beberapa kali, beliau dikesan membuat kenyataan yang tidak menepati jangkaan dan harapan akar umbi UMNO dan orang Melayu keseluruhannya.

Identiti ‘Melayu baru’ yang ingin ditonjolkan Khairy nampaknya tidak menepati definisi akar umbi UMNO mahupun rakyat yang menyokong UMNO.

Justeru, tidak hairanlah jika beliau kini menghadapi cabaran dari 5 penjuru. Salah seorang pencabarnya ialah Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Kedah, membawa misi untuk menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu dalam sayap Pemuda.

Seorang lagi calon ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail. Syed Rosli mengundang perhatian ramai ketika menyerahkan borang pencalonan apabila menyampaikan ucapan dan melafazkan sumpah laknat tidak akan melakukan rasuah yang mana difahamkan sebagai provokasi terhadap Khairy.

Turut menjadi calon ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali dengan membawa agenda utama untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap pergerakan Pemuda UMNO.

Manakala calon terakhir ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak yang tidak begitu dikenali ramai.

Jelas, agenda Melayu menjadi punca utama kenapa Khairy ditentang.

Hakikat bahawa beliau memegang jawatan itu melalui pertandingan yang penuh misteri dan kontroversi turut tidak membantu imej beliau. Khairy Jamaluddin menjadi sasaran keraguan akar umbi kerana dilihat sebagai anak muda yang rakus gara-gara mengakui ingin menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

Selain itu, skandal di dalam GLC yang dikaitkan dengan dirinya yang tidak pernah selesai sehinggalah ke hari ini, dilihat sebagai beban yang harus dipikulnya selama hayat politiknya.

Lebih dari itu, Khairy dilihat sebagai pemimpin yang hanya tahu bercakap, beretorik, berdebat dan berhujah sahaja, tetapi tidak tahu bekerja.

Buktinya, Pemuda UMNO/BN tidak mampu menambah ahli dengan jumlah yang signifikan di bahawa pimpinan Khairy. Walaupun sering dijulang sebagai bijak kerana merupakan lulusan universiti luar negara yang terkemuka, Khairy tidak mampu mengutarakan walau satu pun idea bernas untuk anak-anak muda dalam konteks ekonomi, pendidikan mahupun pemerkasaan jatidiri.

Pendek kata, setelah beberapa lama menerajui Pemuda, masih tiada hasil yang mampu dituai dari pergerakan itu di bawah Khairy setakat ini. Apa yang dilihat hanyalah program-program menonjol diri dengan publisiti dan promosi yang mampu menimbulkan perasaan jelek di kalangan rakyat terhadap UMNO, sekiranya tersalah langkah atau keterlaluan.

Inilah kebenarannya, dan kebenaran ini tentu sekali pahit untuk ditelan oleh Khairy mahupun UMNO. Hanya pemimpin dengan sikap keterbukaan yang sebenar sahaja yang berani mengakui kebenaran dan menelan kepahitan ini.

Namun begitu, segalanya mungkin dalam politik. Apa yang diingini rakyat, tidak semestinya apa yang diingini oleh perwakilan UMNO yang bakal mengundi. Maka, apapun, harapan kita agar para perwakilan membuat pilihan yang bijak agar UMNO terus kekal relevan selama-lamanya dan bukan sehingga PRU-14 sahaja.

BACA juga:

Leave a Reply