Apa Salah Khalid Ibrahim? – Nik Aziz Sokong Kenyataan Hadi Awang @Khalid_Ibrahim @nikabdulaziz

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

kenyataan-karpal-nik-aziz

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tekanan daripada sekutunya sendiri iaitu PAS mengenai hasrat menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini tekanan itu muncul daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan motif utama komplot yang dirancang PKR di Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan,” katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan lewat malam Sabtu itu, Nik Abdul Aziz turut menegur PKR kerana gagal menyelesaikan isu dalamannya sendiri terutama berhubung masa depan Abdul Khalid.

“Barangkali beliau (Abdul Khalid) ada salah dan silap yang tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

“Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai,” katanya.

Selain itu, pemimpin veteran PAS itu turut menegur ahli dan pemimpin partinya sendiri yang mempertikaikan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar.

Tegasnya, ahli PAS perlu taat kepada pemimpin dan perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang membelakangi Abdul Hadi.
“PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

“Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi berhubung kedudukan Abdul Khalid adalah pendirian peribadi beliau.

Kedua-dua pemimpin berkenaan menegaskan PAS hanya akan mengumumkan pendirian rasmi mereka berhubung cadangan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid selepas sambutan Aidilfitri.

BACA juga:

Leave a Reply