Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara. Dr Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.”

Parti DAP baru-baru ini dilanda kontroversi kerana pendedahan yang membongkar terdapat dakyah Evangelis Kristian dalam agenda politik mereka. Isu ini timbul setelah seorang pakar akademik kajian politik, Dr Kamarul Yusoff, mendedahkan isi kandungan buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis ahli DAP, Hannah Yeoh merangkap ADUN Subang Jaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Rujukan:
http://pakdin.my/tag/kristian

191 Replies to “Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

    1. Sahibah Karimah jika ini diberi peluang saya rasa kita rakyat Malaysia berpecah Dan berkelahi sesama KITA
      Spt berlaku di Timur tengah
      Kebebasan agama sudah termaktub dlm petlembagaan berfikir fikirlah
      Yg jadi tujuan ini ialah ada agenda segelintir org cina mahu Penang menjadi satu negara berpisah Dr tanah Melayu
      Agenda lama sekarang mereka nampak jalan utk merealisasikan kerana apa
      Melayu sudah berpecah

  1. WARISAN

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayu kan gagah di Nusantara

    Melayu kan gagah di Nusantara
    Melayu kan gagah di Nusantara

  2. Sepatutnya tumpukan perhatian pada menunaikan janji.manifesto tempohari kenapa terpesong jauh… Kenapa belum mula untuk cuba realisasikannya tapi mengorak kearah lain, ada ke masa kempen tempohari semua ini d canangkan d bincangkan kenapa bila dh dapat kuasa jadi lain…. HARAP KETUA KEADILAN YG ADA DALAM PAKATAN HARAPAN YG BERAGAMA DAPAT MEMBUAT PENDIRIAN TEGAS DALAM ISU INI. SAUDARA ANUAR, DS WAN AZIZAH KAMI HARAP ANDA DAPAT BERBUAT SESUATU DARI DALAM PAKATAN HARAPAN….. BIAR RAKYAT YG SEBANGSA DAN SEAGAMA KAMU TERBELA…. BERTINDAKLAH.

    1. sebab die fikir die je. die x fikir orang lain. die fikir aku mati habis dah la aku dalam dunia . die x terfikir yang apa yang die tinggal bawak masuk kubur jugak contoh mung tinggalkan kilang arak mung ingat mung boleh lari kalau dah mati setiap orang islam minum arak disebabkan kilang arak mung buat mung tanggung dosa. macam tu jugak dengan benda ni. dah negara islam mung buat macam tu dalam kubur nanti tahu la akibat die.

  3. Facebook Comments