26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

Aplikasi Permainan ‘Bomoh’ Cari Pesawat Hilang Kini Dimuat Turun #MH370

MH370-applikasi-bomoh

Satu aplikasi permainan ‘Bomoh’ kini boleh didapati di Play Store bagi pengguna sistem operasi Android yang dipercayai mendapat inspirasi daripada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang melakukan upacara ritual bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Menerusi keterangan mengenai permainan itu, seorang lelaki yang merupakan bomoh menggemparkan apabila kemunculannya bagi membantu pesawat yang hilang dari Garuda Hitam.

Ia berkata, bomoh itu berpakaian sut dengan melakukan upacara menggunakan air zam-zam, buah kelapa, ‘tongkat sakti’ dan ‘tikar ajaib’.

Lebih dikenali sebagai ‘Bomoh Rescue Run’, ia merupakan permainan bagi mendapatkan mata dengan ‘menyelamat penumpang dan anak kapal’.

Di sepanjang permainan yang boleh dimuat turun secara percuma ini, ‘Bomoh’ akan diganggu oleh ‘Garuda Hitam’ sepanjang misinya.

Ciri permainan yang bersaiz 8.33MB itumeliputi ‘misi’ pencarian di udara, lautan dan jalanan.

Di bawah penerangan mengenai permainan tersebut turut menyatakan hashtag #pray for MH370 (#doa untuk  MH370).

Sejak disenaraikan dalam Play Store pada Khamis, hampir 1,900 pengguna telah memuat turun permainan itu, dan ianya diberikan 4.5 daripada 5 bintang berdasarkan ulasan dan komen pengguna.

MH370-applikasi-bomoh-2

Dalam pada itu, terdapat satu lagi aplikasi permainan bomoh yang dinamakan ‘Bomoh MH370’ turut didapati di Play Store dengan penerangan dan konsep yang sama.

Rabu lalu, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan aksi ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dia bersama dua lelaki lain memakai sut duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa kononnya meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Selepas 30 minit menjalankan upacara itu, dia mendakwa pesawat tersebut ‘tergantung’ di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti dan mengesahkan MH370 dalam keadaan selamat.

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...