Monday - August 2, 2021 @ 14:19
POLITIKPILIHAN RAYA'Arab Spring' Boleh Berlaku Andai Pihak Kalah Tidak Puas Hati Keputusan PRU

‘Arab Spring’ Boleh Berlaku Andai Pihak Kalah Tidak Puas Hati Keputusan PRU

musa hassanALOR SETAR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

“Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong merekamembuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku diAsia Barat.

“Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasionaldari sekarang,” katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepadaanggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah di sini, Ahad.

Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumatbagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.

“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya.

“Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa,” katanya.

Kepada satu soalan, Musa menegaskan beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

“Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukankerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya.

“Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam. Jika tidak liberal barat akan anggap kerajaan tersebut zalim,” tambahnya.

Musa berkata fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka.

“Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik,” katanya.

“Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuatsecara terpilih,” kata Musa.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here