Dua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri - pakdin.my

Pelajar perempuan berumur 16 tahun dan kakak tirinya menangis di hadapan Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.

KLANG, 27 Julai — Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dan kakak tirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal.

Pelajar terbabit dan kakak tirinya yang berumur 29 tahun didakwa membunuh wanita berumur 72 tahun itu, yang juga seorang guru agama, di ruang tamu sebuah rumah di Taman Sri Wangi, Kapar di sini kira-kira 5.30 petang 14 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua beradik yang memakai pakaian reman berwarna ungu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan.

 

 

 

UTAMABERITADua Beradik Tiri Didakwa Bunuh Ibu Tiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium