Pencarian #MH370 Kini Di Dua Koridor - pakdin.my

MH370-Lautan-Hindi-Andaman

SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki fasa baharu berdasarkan data satelit baharu yang diperolehi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, misi pencarian di Laut China Selatan telah dihentikan dan kesemua aset akan ditumpukan ke dua kawasan baru di barat Semenanjung.

“Tumpuan pencarian MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi,” kata beliau.

Najib berkata, berdasarkan data satelit, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah ketika berada di salah satu koridor terbabit.

Katanya, pasukan penyiasat sedang berusaha keras untuk memperhalusi maklumat yang diterima, dan pihak berkuasa Malaysia telah memberi tumpuan semula terhadap siasatan membabitkan krew dan penumpang di dalam pesawat itu.

“Kami menamatkan operasi di Laut China Selatan dan kini menilai semula penghantaran aset ke kawasan baharu itu,” katanya.

Memandangkan dua koridor itu membabitkan banyak negara, kedutaan-kedutaan asing berkaitan telah dijemput untuk menghadiri taklimat pada Sabtu berhubung penemuan maklumat terbaharu oleh Kementerian Luar dan pakar teknikal.

 

UTAMABERITAPencarian #MH370 Kini Di Dua Koridor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium