#MH370 Tidak Mendarat Di Diego Garcia - pakdin.my

MH370-Diego-Garcia

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini Ahad, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.

“Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,” katanya.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lepas.

Berikutan pengesahan bahawa pesawat itu melakukan penerbangan patah balik, wujud spekulasi media asing bahawa pesawat itu mungkin dilencongkan ke Diego Gracia.

Ditanya sama tahap keselamatan di lapangan terbang dipertingkatkan selepas dua penumpang MH370 didapati menggunakan pasport palsu, Hishammuddin berkata: “Tumpuan saya kini mencari MH370.”

“Saya rasa tidak betul untuk menyatakan wujud pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti diperjelaskan sebelum ini oleh ketua lapangan terbang. Sebarang maklumat baharu yang kami terima sudah pasti akan disahkan mengikut SOP yang sedia ada,” katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, mengulangi bahawa pihak berkuasa menolak dua warga Iran yang menggunakan pasport palsu itu sebagai pengganas.

UTAMABERITA#MH370 Tidak Mendarat Di Diego Garcia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium