Kes Liwat II Anwar: Penghakiman bertulis akan diterbitkan kepada umum hari ini - pakdin.my

liwat 2

Penghakiman bertulis setebal 80 halaman mengenai hukuman terhadap Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan diterbitkan kepada umum Jumaat.

Ia antara lain bagi membolehkan orang ramai mengetahui sendiri sepenuhnya alasan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes itu mensabitkan Anwar bersalah meliwat Saiful enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, pada 7 Mac lalu selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Bagaimanapun Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman ke atas Anwar yang jika mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan ialah penjara sehingga 20 tahun.

Butiran lanjut menyusul.

http://kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

Mungkin buat masa ini tidak dapat diakses kerana hit yang melebihi kemampuan server

UTAMABERITAKes Liwat II Anwar: Penghakiman bertulis akan diterbitkan kepada umum hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium