Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO tutup mulut - pakdin.my

Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM 5 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lepas.

Abdul Khalid berkata, beliau kini menunggu laporan JAIS berhubung kejadian itu untuk dipersembahkan kepada baginda.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh untuk menghadap itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar berkata, tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan kontroversi itu supaya tidak berulang lagi akan diambil selepas beliau menghadap Sultan Selangor.

Sehingga itu, beliau melarang semua Anggota Majlis Kerajaan Negeri Selangor membuat sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut.

Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut,” kata Abdul Khalid.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Intrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Hassan Mohd Ali, dalam kenyataannya semalam berkata, pemeriksaan JAIS itu dilakukan ekoran maklumat menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di majlis yang diadakan di gereja itu

Berita berkaitan:

Saya rela dipecat – Dr Hasan Mohd Ali
Serbuan Gereja – Pergerakan ‘Bawah Tanah’ Sudah Berkembang Di Seluruh Negara
Serbu Gereja – JAIS Ada Bukti.
Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO tutup mulut
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid pula arahkan JAIS kemuka laporan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – JAIS buat serbuan

UTAMABERITABuka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium