Tanah Runtuh Sungai Ruil – 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) – Update Video - pakdin.my

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Tragedi tanah runtuh berulang lagi.

Kali ini menelan korban tujuh mangsa dan dua cedera parah.

Kejadian di Sungai Rui, Tanah Rata, Cameron Highlands itu apabila tebing bukit setinggi 100 meter runtuh dan menimbus lima rumah.

Kejadian jam 5:50 petang semalam selepas hujan lebat lebih tiga jam.

Runtuhan tanah ini berlaku sekelip mata dan menimbus lima rumah di perkampungan orang asli di Kampung Sungai Rui.

Tiga daripadanya tertimbus sepenuhnya.

Antara terperangkap empat mangsa perempuan dan tiga lelaki.

120 anggota bomba dan penyelamat serta polis dikerahkan ke tempat kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat.

Tiga mangsa pertama ditemui sebaik operasi bermula.

Bagaimanapun, seorang meninggal dunia dan dua lagi parah.

Gerakan seterusnya ditumpukan di kawasan tiga rumah ditimbus banjir lumpur sepenuhnya.

Anggota penyelamat terpaksa berhati-hati kerana keadaan tebing bukit tempat kejadian berisiko tinggi.

Kira-kira jam 11:50 malam seorang lagi mangsa berjaya ditemui masih hidup tetapi meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Tidak lama kemudian, lima lagi mangsa ditemui.

Malangnya semua sudah meninggal dunia.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan jam 2:15 pagi tadi selepas disahkan tiada lagi mangsa tertimbus.

Perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ini didiami lebih seribu penduduk.

Difahamkan perkampungan ini diterokai lebih 50 tahun lalu.

Berita berkaitan:

Tanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Tengku Mahkota Pahang Arah Siasatan Menyeluruh
Tanah Runtuh Sungai Ruil – PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) – Update Video
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 3 maut, 3 cedera dan 3 lagi dikhuatiri masih tertimbus – Sehingga jam 00:30 pagi
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Seorang Terkorban


UTAMABERITATanah Runtuh Sungai Ruil - 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium