Pelajar Malaysia Di Syria Dibawa Pulang - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 7 Sept  — Kerajaan akan membawa pulang semua 220 pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Syria ekoran rusuhan dan tunjuk perasaan berlarutan di negara itu sejak Mac lepas.

Semua pelajar terbabit, yang kini dalam keadaan selamat, akan dibawa pulang secara berperingkat mulai pertengahan bulan ini dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

“Proses ini diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Keputusan membawa pulang pelajar itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka, selain mengelak berlaku insiden tidak diingini.

“Pihak kedutaan sentiasa berhubung serta menasihatkan rakyat Malaysia di Syria agar sentiasa peka dan waspada dengan keadaan semasa, dan menjauhi tempat-tempat rusuhan,” kata Wisma Putra.

Kementerian Luar juga menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan lawatan ke Syria sehingga keadaan di negara itu lebih selamat.

UTAMABERITAPelajar Malaysia Di Syria Dibawa Pulang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium