28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Artis lelaki pukul pengawal keselamatan warga emas

Sorang pengawal keselamatan berusia 68 tahun cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka oleh seorang artis lelaki yang pernah menganggotai sebuah kumpulan lawak, ketika sedang mengawal kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, artis berusia 49 tahun berasal dari Kedah yang memandu kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam, dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.


“Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.

“Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata tidak lama selepas itu, artis itu menumbuk muka pengawal keselamatan terbabit sebanyak tiga kali hingga menyebabkan mangsa lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung.

“Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan selain mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu, namun dapat dielaknya.


“Selain itu, pengawal dalam laporannya pagi tadi, turut mendakwa artis berkenaan meminta dia berjaga-jaga kerana hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan bukannya polis,” katanya.

Marzukee berkata pada masa ini artis berkenaan belum lagi ditahan, namun siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat saksi yang berada di tempat kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.


Lihat video: https://www.youtube.com/zjk3mBaT5_g

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan