Arul Kanda Sedia Debat Dengan Pua Tanpa Syarat - pakdin.my

1mdb-arul-tony-talk-show

Arul Kanda Kandasamy kini bersedia berdebat secara terbuka dengan Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat, sekali gus menarik balik syarat awal bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan bertemu dengan Tony Pua dalam program bual bicara atau berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen tanpa mengenakan sebarang syarat.

“Saya tidak sabar dengan perbincangan ini supaya kita boleh berdebat mengenai semua persoalan Pua,” kata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Arul turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu.

Sejurus pengumuman itu, Pua turut mengucapkan terima kasih kepada Arul menerusi Twitternya kerana menerima cabaran beliau dan menarik balik syarat awalnya.

Beliau turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menjadi hos program tersebut dan berharap tarikh, masa dan format akan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Satu-satunya orang yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang mahu kebenaran didedahkan,” kata Pua.

Pada malam Jumaat, Arul muncul dalam satu program temu bual bersama Bernama TV yang mendorong Pua berkata hanya jawapan ‘kitar semula’ akan diberikan.

Pua pada Sabtu kemudiannya mencabar Arul untuk berdebat secara langsung dengan beliau.

Arul menegaskan beliau bersetuju dengan cabaran tersebut tetapi Pua perlu terlebih dahulu meletak jawatan daripada PAC.

UTAMAEDITORIAL1MDBArul Kanda Sedia Debat Dengan Pua Tanpa Syarat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium