Askar Hilang, Kapal Tentera Laut Indonesia Bantu Cari - pakdin.my

Tiga kapal Angkatan Tentera Laut Indonesia turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota tentera darat Malaysia yang hilang di perairan dekat Langkawi pada Isnin lepas.

Turut melakukan SAR ialah tujuh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata selain itu, dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec milik TIDM turut terlibat dalam operasi itu.

“Dengan pertambahan aset itu, kawasan pencarian bagi operasi SAR berkenaan diperluaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan ‘Maritime Warfare Asia 2016’ pada Rabu.

Dua anggota dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja itu hilang selepas terjatuh ke dalam laut di Pulau Perak ketika menjalankan tugas ketenteraan.

Mereka ialah Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Baling, Kedah yang kedua-duanya berpangkalan di Oran, Perlis.

20161005120161005-sar-tentera-hilang-pulau-perak

20161005-pulau-perak

UTAMAAskar Hilang, Kapal Tentera Laut Indonesia Bantu Cari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium