25 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Asrama SK Nanga Serau musnah dalam kebakaran

41 pelajar sekolah rendah terselamat

JULAU — Seramai 41 pelajar sekolah rendah terselamat apabila bangunan asrama Sekolah Kebangsaan Nanga Serau, kira-kira 28 kilometer dari sini, musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, ASP Colony Kiai, berkata kesemua 20 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan serta tiga pembantu penyelia tidak mengalami kecederaan dalam kejadian yang memusnahkan bangunan kayu dua tingkat itu.

Dihubungi melalui aplikasi Whatsapp malam ini, beliau berkata panggilan kejadian kebakaran itu diterima Balai Polis Julau pada jam 5.15 petang daripada Pusat Kawalan Kontingen (CCC) PDRM Sarawak dan turut dimaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor. 

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, tiga anggota polis mengambil masa sejam menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dikejarkan ke tempat kejadian dengan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata jentera bomba tidak dapat melalui jalan yang sempit menuju ke sekolah tersebut sehingga memaksa mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan empat anggota untuk membawa peralatan memadam kebakaran ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, asrama itu sudah musnah sama sekali setibanya di lokasi, katanya.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, katanya.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...