Friday, June 25, 2021
POLITIKAsri: Lebih baik sekular daripada politikkan agama - @realDrMAZA

Asri: Lebih baik sekular daripada politikkan agama – @realDrMAZA

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.

“Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak yang menggunakan perkataan kafir harbi, sedangkan menurut ulama terulung, Dr Yusuf Al-Qardhawi, istilah itu hanya untuk Zionis Israel sahaja.

Beliau berkata, penggunaan kafir harbi memerlukan perbincangan kerana hanya mereka yang layak berhak untuk membuat keputusan menentukan siapa kafir harbi.

“Ini juga masalah media. Hanya kerana kawan itu pakai serban dan ada (sekolah) pondok, dia belum berhak untuk membuat keputusan yang besar seperti itu. Ada kesan besar apabila mengatakan orang kafir harbi.

“Dr Yusuf Qaradhawi kata negara kafir harbi hanya Israel sahaja. Amerika Syarikat tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di sini, semalam.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here