ASUS ZenFone 5 Kini Berada Di Pasaran Malaysia, Dengan RAM Di Pertingkatkan - pakdin.my

ASUS-ZenFone-5

Berhadapan dengan kelewatan dan kritikan daripada pengguna tempatan mengenai perbezaan yang signifikan di antara perkakasan varian Malaysia dan China, ASUS ZenFone 5 kini akhirnya terdapat di Malaysia. Kelewatan 2 bulan mungkin kerana ASUS membuat keputusan untuk menaik taraf spesifikasi ZenFone 5 untuk pasaran Malaysia.

ASUS ZenFone 5 yang boleh didapati atau sudah dalam perjalanan ke pengedar di seluruh Malaysia minggu ini memiliki RAM 2GB bukan hanya 1GB seperti unit asal. Walau bagaimanapun, ciri-ciri lainnya seperti 1.6GHz pemproses Intel Atom Z2560 dan storan 8GB dalaman bersama-sama dengan nombor model A501CG yang ditetapkan kekal yang sama.

Dalam erti kata lain, hanya jumlah RAM telah dipertingkatkan manakala tiada perubahan dibuat untuk komponen lain. Walaupun RAM kini sama seperti model ZenFone 5 yang dikeluarkan di China, tetapi model Cina didatangkan dengan pemproses Intel Atom Z2580 2.0GHz yang lebih laju dan lebih penyimpanan dalaman berkapaiti 16GB.

Pada masa yang sama, harga ASUS ZenFone 5 di Malaysia masih kekal pada RM 599 walaupun RAM telah dipertingkatkan. Buat masa ini mungkin sukar untuk meniliki ZenFone 5 kerana stok yng terhad, sama seperti yang dialami ketika ketibaan Asus ZenFone 4 diMalaysia minggu lalu.

UTAMAGAYA HIDUPASUS ZenFone 5 Kini Berada Di Pasaran Malaysia, Dengan RAM Di Pertingkatkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium