Thursday - August 5, 2021 @ 19:49
POLITIKAsyik Berselfie Lupa 51,761 Ahli Puteri Umno Belum Daftar Sebagai Pemilih

Asyik Berselfie Lupa 51,761 Ahli Puteri Umno Belum Daftar Sebagai Pemilih

puteri umno-pengundi-selfie

Seramai 51,761 daripada kira-kira 400,000 anggota Puteri UMNO yang berumur lebih 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sehubungan itu, beliau meminta Puteri UMNO di setiap Bahagian UMNO seluruh negara mencari dan mengenal pasti anggota berkenaan serta mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

“Kita dalam proses ke negeri-negeri dan bahagian bagi mengenal pasti anggota kita yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi, malah pada 27 Feb ini, kita akan sambung semula gerak kerja meningkatkan keahlian dan juga daftar pemilih di Johor Baharu.

“Kita perlu mengesan mereka kerana tanpa mereka kita boleh hilang undi, kita sasarkan untuk daftar 80,000 pemilih tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina Parlimen Masjid Tanah di sini malam Selasa.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata Puteri UMNO bersedia menggerakkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak sekiranya diperlukan.

“Ia terpulang kepada jentera pilihan raya negeri, setakat ini kita tidak menerima apa-apa arahan untuk sama-sama membantu jentera mereka. Jika memerlukan jentera kita, kita akan bantu tetapi buat masa ini belum ada keperluan lagi,” katanya.

Berkaitan:

161 COMMENTS

  1. PRU 14 mungkin ada dua tahu lagi .. parti parti lain sibuk mendaftar kan pemilih baharu, UMNO asyek sibuk bercakaran sesama sendiri, yang berkuasa berlegar diatas saja. Turun padang lah usahakan pendataran pemilih khususnya orang melayu yang telah hampir layu sekarang ni. oleh kerana asyek melayan keangkohan diri akhir melayu jua akan tersungkur. Fikir fikirkan lah.

  2. Biasa la tu. Pergi mana2 ditanggung. Pakai baju umno je. Itu yg selfie sana sini. Mau tak seronok. Kalau org kampung ckp je ada rombongan umno nak ke kl. Semua berbaris.

  3. ITU kerja najib law.. Selfie hak pu3 umno. Yg admin kecoh2 per sal.bust LA kerja. Kalau admin meroyan pergi LA daptar kan Pu3 tu..yg tertinggal..lol

  4. Lupa majoriti ahli puteri dah menyampah nak undi umno….mereka memilih untuk mengambil sikap terbuka untuk berpaling tadah…
    Tujuannya juga agar pemakan DEDAK TEGAR SEPERTI ADMIN…menangis menyalak bukit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here