Monday - July 26, 2021 @ 01:00
GAYA HIDUPAGAMAAsyraf Wajdi dedah cerita ‘perdamaian’ Dr Asri, Ustaz Kazim

Asyraf Wajdi dedah cerita ‘perdamaian’ Dr Asri, Ustaz Kazim

kazim-asri-damai

Tentu ramai menyangka perselisihan pendapat antara Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan penceramah bebas Datuk Kazim Elias berhubung isu riwayat hadis palsu akan berlarutan.

Apatah lagi, penyokong dan peminat kedua-dua tokoh agama itu pun sudah membuat macam-macam komen mempertahankan sama ada Dr Asri ataupun Ustaz Kazim.

Namun, sikap berlapang dada dan mengenepikan ego masing-masing membolehkan kedua-dua mereka bertemu – walaupun diatur hanya dalam masa sehari.

Tambahan pula, mereka tidak pernah bertemu kecuali hanya sekali dalam satu majlis dan hanya bersalaman sahaja.

Bagaimanapun, Uztaz Kazim sanggup membatalkan urusannya di Singapura dan terbang ke Pulau Pinang, kemudiannya ke Perlis bagi memenuhi majlis santai bersama Dr Asri yang diatur Yang di Pertua Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) Senator Datuk Dr Asrraf Wajdi Dusuki.

“Setiap masalah boleh diselesaikan jika bertemu mata. Sebelum ini, mereka tidak memahami satu sama lain. Masing-masing ada hujah tertentu dalam isu itu (riwayat hadis palsu). Namun, mereka menunjukkan contoh baik, menolak ego masing-masing dan berjiwa besar untuk saling memaafkan,” ujar Asyraf Wajdi kepada BNBBC.my.

Menurutnya, pertemuan itu hanya dalam bentuk santai dan sembang-sembang.

“Kedua-dua mereka sahabat saya. Saya dengan Dr Asri sejak di UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Apabila saya menelefon, kedua-duanya setuju dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri ) Datuk Seri Jamil Khir (Baharom) minta teruskan,” ujarnya.

Katanya. dengan kedua-dua pihak bersetuju,pertemuan itu disegerakan malah Ustaz Kazim sanggup membatalkan program beliau di Singapura lalu terbang ke Pulau Pinang dan kemudian ke Perlis bersama beliau.

Beliau perpendapat, pertemuan Dr Asri dan Ustaz Kazim perlu kerana mahu mengelak fitnah oleh segelintir penyokong yang ekstrim melampau.

“Pertemuan ini dapat menyelesaikan banyak masalah. Ada hikmahnya. Kedua-dua mereka tokoh berjiwa besar. Masing-masing memang ada kesilapan tetapi kita harus lihat ke hadapan,” ujarnya.

Asyraf Wajdi menasihatkan penyokong kedua-dua tokoh agama itu supaya melihat sikap berlapang dada Dr Azri dan Ustaz Kazim.

“Ini contoh terbaik. Perkara biasa berbeza pendapat dalam Islam. Masing-masing ada pandangan dan hujah tetapi ada masanya kita kena bersetuju untuk tidak bersetuju,” kata Asraf Wajdi lagi.

Mengenai kehadiran Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail pada pertemuan itu, Wajdi menjelaskan bahawa cafe tempat mereka bertemu adalah milik baginda.

“Saya adalah ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Perlis. Apabila tahu saya datang, baginda pun datang…secara kebetulan,” katanya.

Dr Asri dan Ustaz Kazim di Facebook masing-masing semalam memuat naik status pertemuan mereka sekaligus dilihat sebagai perdamaian ekoran isu ‘roti jala cicah kuah kari’ serta dihalang menjadi panel forum perdana di Perlis.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here