Atlet Indonesia termakan babi di Sukan SEA - pakdin.my

Belum pun bermula secara rasmi, namun Sukan SEA ke-30 di Filipina terus mencipta kontroversi dalam penganjurannya kali ini.

Terbaru, kecuaian – atau sikap tidak endah – penganjur temasya dwitahunan itu menyebabkan ada pemain bola sepak Indonesia termakan daging babi gara-gara tiada makluman mengenai status halal atau haram makanan yang dihidang.

Pegawai media skuad kebangsaan Indonesia,  Gatot Widardo, berkata setakat ini keadaan itu masih belum diatasi.

“Kita berharap mereka (penganjur) dapat mengatasi perkara ini dan mengasingkan makanan halal dan tidak halal,” katanya seperti dipetik CNN Indonesia.

Kekurangan bekalan makanan halal merupakan salah satu daripada isu yang timbul dalam penganjuran Sukan SEA kali ini.

Portal berita South China Morning Post (SCMP) semalam melaporkan atlet beragama Islam merungut kerana berdepan masalah kekurangan bekalan makanan halal di kejohanan terbesar Asia Tenggara itu.

Laporan tersebut menyebut pegawai Suruhanjaya Kebangsaan untuk Muslim Filipina (NCFM), Ramadan Aguan, mengatakan pihak penganjur tidak mengendahkan permintaan mereka untuk menghidangkan makanan halal yang mencukupi kepada para peserta beragama Islam yang hadir ke negara itu.

“Kami sudah banyak kali memberi peringatan kepada penganjur Sukan SEA untuk memastikan bekalan makanan halal mencukupi namun kami sendiri tidak tahu mengapa mereka seperti tidak mengendahkan perkara ini,” katanya kepada SCMP.

UTAMAGAYA HIDUPAtlet Indonesia termakan babi di Sukan SEA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium