28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

ATM Sahkan Dua Anggotanya Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Tembak – PAT

tentera-tembak-penyeludup

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan dua anggotanya kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan yang seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata selain polis, ATM turut melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

“Pihak polis (sedang) membuat siasatan… pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.

“Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 7.15 malam semalam, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi hari ini enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan