[VIRAL] AWAS! ANDA DIPERHATIKAN OLEH 'KAMERA' KUCING TERTUTUP - pakdin.my

Pastinya banyak pejabat kini dilengkapi dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang beroperasi untuk mengawal keselamatan selain sebagai alat kepada ‘boss’ mengenalpasti pekerjanya ‘mencuri tulang’.

Namun berbeza di Jepun, sebuah pejabat di sini diawasi oleh seekor makhluk berbulu berkaki empat dan bermata besar akan melihat setiap gerak-geri anda sepanjang waktu.

Kucing yang dikenali dengan nama ‘Dara’ ini mencuit hati netizen apabila telatahnya mengintai di pejabat telah mendapat ratusan ribu perkongsian.

Perkara tersebut mula dikongsi oleh pengguna twitter @omocha_no_uma yang memuatnaik gambar dihantar oleh rakannya memperlihatkan Dara mengintai dari siling pejabat.

Ianya kemudian menjadi viral dan hit di internet.

Melihat kepada kolar yang dipakai Dara, kucing ini dipercayai dibela oleh individu tertentu dan bukannya kucing liar.

Ini antara perang Photoshop hasil daripada insiden lucu Dara.





UTAMABERITA AWAS! ANDA DIPERHATIKAN OLEH 'KAMERA' KUCING TERTUTUP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium