? Awas! Individu obesiti berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 – Pakar - pakdin.my

MEMPUNYAI berat badan berlebihan atau obesiti berdepan dengan risiko dijangiti wabak Covid-19 yang kini melanda hampir seluruh negara di dunia.

Ketua Epidomologi Perancis, Jean-Francois Delfraissy yang merupakan penasihat kepada kerajaan berkaitan penyakit pandemik ini berkata, 25 peratus rakyat Perancis berdepan dengan faktor serius jangkitan virus ini termasuk umur, penyakit sedia ada dan obesiti.

Tambahnya lagi, rakyat Amerika Syarikat (US) berdepan dengan tahap risiko lebih tinggi kerana jumlah obesiti mencecah 42.4 peratus daripada kalangan dewasa mengalami masalah terlebih berat badan.

“Virus ini sangat teruk. Ia boleh menyerang orang muda, terutamanya yang mengalami obesiti. Mereka yang mengalami masalah ini perlu lebih berhati-hati.

“Inilah situasi yang paling kita bimbang di Amerika Syarikat, yang mempunyai kaitan dengan masalah berat badan,” jelasnya.

Kumpulan pakar mencadangkan bahawa mereka yang mengalami obesiti di AS sangat berisiko dengan pandemik ini sejak 1918 yang ketika itu berdepan dengan selsema Sepanyol.

Manakala kajian yang sedang dijalankan oleh University Michigan School of Public Health mendapati obesiti dalam kalangan dewasa yang dijangkiti selsema bukan sahaja berisiko mengalami komplikasi teruk, tetapi boleh menular lebih lama.

Selain itu, obesiti antara punca kepada masalah kesihatan kronik lain termasuk kencing manis tahap 2, strok, serangan jantung dan yang berkaitan dengan kanser. – Dailymail.co.uk

UTAMAGAYA HIDUP? Awas! Individu obesiti berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 - Pakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium