Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Malaysia
22,355
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,181,309
Confirmed
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Indonesia
3,968,152
Recovered
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Indonesia
139,919
Deaths
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am

Global

All countries
227,826,370
Confirmed
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
All countries
202,749,750
Recovered
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am
All countries
4,683,977
Deaths
Updated on September 17, 2021 02:51 2:51 am

Awas Pengamal Media Sosial, SEMUT Pantau Gerak-geri Anda

SocialMedia

Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Menamakan diri mereka sebagai SEMUT – ‘Sensible and Ethical Malaysians United Troopers’ (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk ‘screenshot’. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat,” kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.

Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.

“Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain,” katanya.

Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.

“Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis,” katanya.

Setakat ini SEMUT membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad SAW.

“Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan SEMUT hanya untuk menyalurkan maklumat.

Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: “Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita.”

Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.

Huan yang merupakan Naib Presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata: “Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?”

Berkaitan