28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

AWAS PENIPUAN PANGGILAN VIDEO WHATSAPP

APLIKASI khidmat pesanan popular, WhatsApp telah melancarkan perkhidmatan panggilan video secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android.

Walaupun pengguna iOS nampaknya sudah mendapat kemas kini, pilihan panggilan video masih belum tersedia buat sebahagian pengguna Android.

Walau bagaimanapun, ketika pengguna menanti kemaskini yang bakal membolehkan panggilan video dibuat, beberapa penipuan (scammer) telah muncul dengan cara yang akan membuatkan pengguna memuatnaik ‘software jahat’ (malware) pada peranti masing-masing.

Penipuan itu dilakukan dengan menghantar ‘jemputan’ yang dibaca, ‘anda dijemput untuk mencuba ciri panggilan video Whatsapp’ dan meminta anda untuk klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkannya.

Pautan ini akan membawa anda ke sebuah laman web yang sangat mencurigakan dengan URL ‘whatappvideooline.com’ (perhatikan ejaan salah WhatsApp).

Dengan meng’klik’ pada link di situ, ia akan memuatnaik ‘malware’ pada telefon pintar anda yang kemudian meminta anda untuk menghantar jemputan kepada lebih empat rakan, sekali gus akan menyebarkan malware kepada lebih ramai orang.

Jika anda sedang menunggu untuk panggilan video aplikasi ini dapat digunakan di telefon pintar anda, hanya tunggu untuk kemas kini rasmi dari Google Play.

Jika anda ingin membuat kemas kini secara manual dalam Google Play, pastikan anda melakukannya dari aplikasi WhatsApp, Inc.

20161118-awas-panggilan-whatsapp

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan