Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am

Global

All countries
230,326,827
Confirmed
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
All countries
205,312,923
Recovered
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am
All countries
4,722,911
Deaths
Updated on September 22, 2021 06:00 6:00 am

Ayam Dicemari Bakteria Punca Keracunan Makanan

Mangsa keracunan makanan, Nurshazana Mohd Rashid, 24, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selepas pulang dari majlis kenduri kahwin sepupunya di Kampung Huma, Tanjung Dawai
Mangsa keracunan makanan, Nurshazana Mohd Rashid, 24, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selepas pulang dari majlis kenduri kahwin sepupunya di Kampung Huma, Tanjung Dawai

Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini membawa mayat mangsa keracunan makanan, Mohammad Nor Rahmad Yusof, 10, untuk bedah siasat
Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini membawa mayat mangsa keracunan makanan, Mohammad Nor Rahmad Yusof, 10, untuk bedah siasat

SUNGAI PETANI: Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang Selasa.

Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

“Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.

Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.

“18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.

“Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang,” katanya.

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.

Berkaitan