Ayam sabung Dinasti Lim kalahkan Pengerusi DAP Johor - pakdin.my

Liew dijangka akan menguatkan pengaruh Guan Eng
Liew dijangka akan menguatkan pengaruh Guan Eng

Seperti dijangka, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong yang dilihat mewakili Dinasti Lim dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor baru, menggantikan Dr Boo Cheng Hau.

Dr Boo, Adun Skudai dan juga ketua pembangkang di Johor memegang jawatan itu mulai 2005.

Liew, yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP dan anggota jawatankuasa pusat parti, dipilih menyandang jawatan itu oleh 15 anggota jawatankuasa DAP Johor yang bermesyuarat Ahad.

Sebelum itu, dalam konvensyen tahunannya ke-17, 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang disenarai.

Pada pemilihan itu, Dr Boo memperolehi 219 undi untuk berada di tempat ke 10 manakala Liew di tempat ke-14 dengan 185 undi.

Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu kena memilih seorang ketua daripada kalangan mereka.

Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Boo. Satu daripadanya undi rosak.

Malang bagi Dr Boo, walaupun undinya lebih tetapi kerana percaturan Lim Kit Siang dan Guan Eng, Liew yang berasal dari Selangor dipilih menerajui DAP Johor.

Walaupun, Liew menawarkan jawatan sebagai timbalannya kepada bekas pengerusi DAP negeri itu namun ditolak Dr Boo.

Dr Boo, yang ditemui selepas itu berkata, Ahli Parlimen Kluang berusia 36 tahun itu memerlukan kebebasan dalam menjalankan tugasnya sebagai pengerusi DAP Johor.

Beliau akan berehat buat ketika dan meneruskan tugasnya sebagai Adun serta ketua pembangkang di Johor.

Kejayaan Liew menewaskan Dr Boo dilihat ramai pemerhati sebagai “kemenangan” Dinasti Lim, yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bekas Pengerusi DAP Johor itu.

Ini sekaligus menguatkan spekulasi bahawa Kit Siang sedang mengatur kepimpinan bagi menyokong anaknya apabila beliau tidak lagi berkuasa dalam DAP.

Sekurang-kurangnya itu pemilihan Liew sebagai ayam sabung adalah strategi awal DAP mahu menguatkan kubu di Johor menjelang PRU 14.

S. Ramakrishnan pula dipilih Timbalan Pengerusi DAP Johor manakala veteran Ahmad Ton serta Tan Chen Choon dipilih Naib Pengerusi Satu dan Dua.

UTAMAPOLITIKAyam sabung Dinasti Lim kalahkan Pengerusi DAP Johor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium