Ayuh pelihara maruah dan kedaulatan negara #pakdin.my

Petisyen boleh dilayari di https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg
petition-anwar-us

Kenapa anda masih tidak bertindak?

Apakah anda tidak menghargai maruah dan kedaulatan negara?

Kenapa anda tidak menyertai sejumlah 43,396 anak bertuah Malaysia yang telah menyatakan sokongan, tunggu bila lagi?

Hanya ada tempoh sehingga 13 Mac ini bagi menyokong pendirian meminta Amerika Syarikat, (AS) menghormati kedaulatan negara ini serta tidak mempersoalkan keadilan sistem perundangan Malaysia menerusi petisyen yang dilancarkan sejak 11 Feb. lalu.

Tindakan bertujuan mematahkan satu petisyen yang diwujudkan di laman web White House bagi mendesak AS menjadikan kebebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dasar utama hubungan dua halanya dengan kerajaan Malaysia.

Mana mungkin, kita sebagai rakyat boleh membiarkan petisyen inisiatif pihak pengkhianat di Malaysia mencapai angka 100,000 penandatangan sedangkan jutaan kita menyaksikan Anwar diberi segala peluang untuk membela diri namun tidak berbuat demikian, tidak mengemukakan sebarang saksi malah, lebih jelas, enggan melakukan sumpah laknat.

Lalu, jika anda mengaku sebagai seseorang yang menghargai maruah dan kedaulatan negara, maka anda harus membuktikan sokongan dengan menandatangani petisyen menolak campur tangan AS.

Kenapa anda membiarkan hari berlalu tanpa berbuat demikian, jawapan terlalu sibuk bukan alasan lantaran apa yang diutarakan ini akan menentukan nasib dan hala tuju masa depan seluruh waris keturunan anda.

Apa anda rela dan mahu seluruh waris keturunan mengutuk dan mencemuh anda di kemudian hari lantaran kegagalan, kemalasan atau beribu alasan lain menyebabkan mereka terpaksa tunduk dan akur di bawah telunjuk kuasa asing malah diinjak-injak serta ditunjal-tunjal muka dan maruah diri hanya kerana kegagalan anda.

Bukalah mata, itulah yang akan berlaku jika anda tidak bertindak dan sebaliknya merelakan petisyen pembangkang meminta AS masuk campur urusan dalaman negara terlebih dahulu mencapai sasaran.

Iya, itu perbuatan pembangkang tapi persoalan di sini bukannya usaha mereka tetapi usaha anda, rakan-rakan, saudara mara, sahabat taulan malah pelajar anda untuk bertindak membuktikan anda sebagai rakyat tidak rela dan sedia bertindak untuk menghalang campur tangan asing.

Petisyen boleh dilayari di https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Berkaitan