Azahari Sairin, Setiausaha MDKS meninggal akibat demam denggi - pakdin.my

20160920-azahari-sairin-mdks-meninggal-dunia

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi ketika dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, akibat demam denggi.

Allahyarham Azahari, 52, dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Sabtu lalu selepas mengalami demam panas.

Beliau meninggalkan seorang balu, Azlina Mohd Noor, 50, dan tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia 17 hingga 27 tahun.

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, mengesahkan kematian Azahari.

Difahamkan, jenazah Azahari akan dibawa pulang ke kediaman rasminya di Kuarters MDKS malam ini dan akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di kampung halaman Allahyarham di FELDA Gedangsa, kira-kira jam 12.30 tengah hari esok.

Allahyarham berkhidmat di MDKS selama 11 tahun sejak Ogos 2005.

UTAMAPOLITIKAzahari Sairin, Setiausaha MDKS meninggal akibat demam denggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium