Aziz Bari Pilih PKR Kerana Hendak Bertanding Di Parlimen Sabak Bernam - pakdin.my

DR ABDUL AZIZ BARI

Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan spekulasi tentang kecenderungan parti politiknya apabila menyertai PKR secara rasmi.

Kemasukannya dalam parti itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas Pusat pernah mempelawa Abdul Aziz menyertai Pas, namun dengan pengumuman rasmi Presiden PKR itu mengesahkan kecenderungan sebenar bekas pensyarah yang pernah dikaitkan dengan parti Islam itu.

Hakikatnya, kemasukan Abdul Aziz ke dalam PKR sudah dijangkakan kerana pada 23 April laluFMTmelaporkan bahawa bekas aktivis PKPIM itu akan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah lambang parti itu.

Sebelum ini, calon PKR di Parlimen Sabak Bernam adalah Dr Badrul Amin Baharon, tokoh PKR yang dikaitkan dengan tangkapan khalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Balok, kira-kira jam 2.30 pagi 25 Februari lalu.

Sekitar Oktober tahun lalu, Abdul Aziz dikritik ramai pihak kerana kebiadapannya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama.

Ekoran kritikan itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya termasuk dari bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor yang menggesa Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Aziz juga turut diberi surat tunjuk sebab oleh pihak UIA dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah di universiti itu secara sukarela.

Selain itu, beberapa persoalan lain juga turut membelenggu Abdul Aziz terutamanya berkaitan dengan penerimaan dana dari yayasan asing. Bacaan lanjut sila klik  di sinisinisinisini sini dan sini

Selain Abdul Aziz, Presiden PKR juga turut mengumumkan tiga lagi individu yang menyertai partinya.

Mereka adalah Praba Ganesan, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan Koh King Kee.

Praba Ganesan, bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider yang dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN untuk melaksanakan strategi berkaitan media sosial bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera ekoran pemecatannya berkaitan dengan isu kehilangan dua enjen jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.

Koh King Kee, bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation

UTAMAPOLITIKAziz Bari Pilih PKR Kerana Hendak Bertanding Di Parlimen Sabak Bernam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium