Azlan Mengaku Kejadian Saiful Bukhari Diliwat Anwar Benar - pakdin.my

Azlan Mohd Lazim pusing

 

KUALA LUMPUR: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Beliau turut mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta.

“Apa yang Anwar lakukan terhadap anak saya benar-benar belaku dan ia bukan konspirasi politik terhadap Anwar,” katanya.

Azlan enggan mengulas lanjut punca beliau tiba-tiba berbuat demikian dengan memberitahu telah bertaubat dan menyedari keluarga lebih penting kepadanya.

Menurut Azlan, beliau tidak ditekan oleh mana-mana parti untuk berbuat demikian.

Pada Mac lalu, Azlan mendakwa anaknya menjadi sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik Anwar.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan liwat ke atas Saiful tetapi dilepas dan dibebaskan.

Pihak pendakwaan telah menfailkan rayuan.

——————————————————–

Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful

Perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

“Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah,” katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

“Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

“Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

“Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni,” jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

“Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga,” katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.

UTAMABERITAAzlan Mengaku Kejadian Saiful Bukhari Diliwat Anwar Benar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium