Sunday - July 25, 2021 @ 07:05
NASIONALSABAHAzmin Ali Hadir Beri Keterangan Di SKMM

Azmin Ali Hadir Beri Keterangan Di SKMM

azmin -sexCYBERJAYA, 13 Mac  — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Rabu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan berhubung pembikinan sebuah video mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di laman Youtube.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak tiba pukul 2.30 petang dan disoal siasat lebih kurang tiga jam mengikut Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin berkata 51 soalan ditanya berkenaan video bertajuk ‘Program Tukar Ke Orang Melayu’ mengenai pemberian IC kepada warga asing.

“Komen pertama terhadap video ini ialah berhubung kenyataan media yang saya keluarkan pada 18 Jan lalu berkenaan pemberian IC di Sabah.

“Jadi saya disiasat sama ada saya terlibat dalam pembikinan atau memberi komen terhadap video ini,” katanya.

Bagaimanapun Azmin menafikan penglibatannya berhubung video itu.

Beliau berkata kerjasama penuh telah diberi kepada SKMM bagi membantu siasatan dan berharap SKMM akan membuat siasatan secara profesional.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here