Azmin Ali Sudah Hilangkan Setengah Bulan Bonus Di Selangor, Jalan Negeri Masih Berlubang

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Penyakit U TURN Mahathir sudah berjangkit pada Azmin. Cakap “flip flop” dan berubah rubah. Cakap tidak serupa bikin.

23 Mei 2017, Azmin Ali berbangga umum bonus dua bulan setengah gaji kepada 17,703 orang kakitangan awam di Selangor. Antara sebab Azmin mahu bagi bonus sebanyak itu adalah kerana mendakwa Selangor adalah negeri terkaya dengan rizab lebih RM4 billion.

13 Jun 2017, Azmin sudah U TURN. Bonus yang mahu diberi diumumkan hanya dua bulan sahaja. Setengah bulan sudah hilang. Kenapa jadi begitu Azmin? Hilang ke mana setengah itu?

Ini bukti Azmin hanya sekadar main cakap lepas sahaja mengenai hal pemberian bonus. Akhirnya membuat keputusan yang “flip flop” mengenai jumlah sebenar bonus. Lihat video ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685064668469957&id=1455416204768139

Azmin baru habiskan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam. RM63.3 juta ini tidak perlu guna duit rizab pun. Duit Marris yang diberi oleh kerajaan pusat kepada Selangor pada 2016 berjumlah RM497 juta.

Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik. Duit Marris ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit Marris ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?

Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

Azmin menyindir kerajaan pusat kononnya hanya beri RM500 sahaja kepada penjawat awam. Jangan berlagaklah Azmin, jumlah keseluruhan peruntukan yang Dato Seri Najib beri kepada penjawat awam lebih besar. Jumlahnya, RM1 billion berbanding hanya RM63.3 juta.

RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 untuk 743,000 orang pesara kerajaan. Jika dicampur jumlah rakyat yang mendapat BR1M di Selangor, kakitangan awam dan 743,000 pesara ini, jumlahnya sudah 3.4 juta orang. Lebih ramai dapat manfaat dari hanya 17,703 orang sahaja.

Usahlah Azmin berlagak sangat mendakwa Selangor negeri terkaya kerana ada rizab RM4 billion. Kerajaan Sarawak ada rizab RM27 billion, lagi banyak dari Selangor. Kerajaan negeri Terengganu belanja dana raya sejumlah RM88.8 juta kepada 239,323 orang. Lebih banyak jumlahnya dan lebih ramai dapat manfaatnya.

Azmin kena teliti Laporan Ketua Audit Negara pada 2016 yang menyarankan kerajaan negeri berhemat dalam belanja. Pelaburan sudah turun RM92.89 juta di Selangor. Prestasi perlaksanaan projek rakyat pula masih di bawah 50%.

Apa pun, rakyat Selangor sudah mula terkena dengan Azmin. Janji yang Azmin buat tidak semestinya betul dan akan ditunaikan. Ini gaya kepimpinan PKR di Selangor. Bila dekat pilihanraya sahaja, ada perkara yang manis. Bila dah menang, hilanglah sampai hujung penggal. Yang pasti, setengah bulan sudah hilang sudah.

BACA juga:

  1. Tumpang iklan jap boss

    Berminat ingin membeli buku English itu Mudah? Whatsapp saya di no 01123520255 untuk contoh gambar dalaman dan isi kandungan tersebut…harga nya cuma RM30 untuk Semenanjung dan RM35 untuk Sabah/Sarawak

  2. Tumpang iklan jap boss

    Berminat ingin membeli buku English itu Mudah? Whatsapp saya di no 01123520255 untuk contoh gambar dalaman dan isi kandungan tersebut…harga nya cuma RM30 untuk Semenanjung dan RM35 untuk Sabah/Sarawak

Leave a Reply