Azmin Dakwa PKR Selangor Tak Dirujuk - pakdin.my

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menolak tuduhan bahawa PKR Selangor tidak bersama dalam Pakatan Harapan (PH)nnegeri itu untuk menyokong resolusi mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Dakwanya, PKR negeri tidak dimaklumkan sebelum kenyataan bersama PH Selangor dikeluarkan untuk menyokong resolusi konvensyen gabungan pembangkang itu.

“Saya sudah rujuk PKR Selangor, jadi tak timbul PKR tidak bersama, kami tidak dirujuk, sudah tentu kami hanya tahu dari laporan media saja,” Azmin di Gombak hari ini.

Naib Presiden PH itu mengulas kenyataan Ketua Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad pada hari Isnin lalu yang dilaporkan enggan menyokong resolusi gabungan itu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, kepimpinan PH Selangor diketuai Tony Pua dalam kenyataan bersama pemimpin PAN dan PPBM negeri menyokong resolusi berkenaan.


https://pakdin.my/proses-demokrasi-ph-songsang-latheefa-koya/

https://pakdin.my/pkr-selangor-enggan-tandatangan-kenyataan-bersama-pengisytiharan-mahathir-sebagai-calon-pm-dan-wan-azizah-tpm/

https://pakdin.my/boleh-percaya-perjanjian-pengampunan-anwar-dan-mengosongkan-kerusi-pm-oleh-mahathir/

https://pakdin.my/dap-masih-ketuamahathir-umpan-sahaja/

https://pakdin.my/pkr-selangor-tidak-setuju-mahathir-dan-wan-azizah-calon-pm-tpm-pakatan-harapan/

https://pakdin.my/mahathir-sebagai-calon-pm-dap-kata-ini-wayang-tamil-%f0%9f%98%82/

https://pakdin.my/spongebob-patrick-calon-yang-lebih-baik-menjadi-pm-dan-tpm-malaysia-berbanding-dengan-mahathir-wan-azizah/

UTAMABERITAAzmin Dakwa PKR Selangor Tak Dirujuk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium